I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 19, 2011

PETUA KUAT INGATAN

Alangkah beruntungnya sesiapa yang diberikan anugerah oleh Allah, senang untuk mengingati apa yang dibaca dan dihafal. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan seorang pelajar yang perlu mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Begitu juga dengan saya. Bidang yang saya pelajari sangat-sangat menuntut kepada ingatan yang kuat,dan saya percaya bahawa keadaan pembaca juga seperti saya jika anda seorang pelajar.

Di sini saya kongsikan beberapa amalan untuk menguatkan ingatan,yang saya perolehi daripada Portal Komuniti Ukhuwah.Com
Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudi seperti yang dipetik daripada IslamOnline.net]

Jawapan: Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya.

Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa

Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya? Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.

Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhanmu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.

Makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu

Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.Imam Az-Zuhri menyebut, "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis." Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.

[ Bantulah hambaMu ya Allah, untukku mengingati ilmu-ilmu yang telah Engkau ajarkan padaku...Juga bantulah hambaMu ini ya Allah, untukku memelihara kalam-kalamMu yang agung...janganlah jadikan aku lupa padanya ya Allah...]

Teknik yang satu lagi berkaitan menguasi mida kita sendiri.
Utk mengingatkan anda ttg sesuatu perkara, anda perlu pergi ke alam alpha dan beri saranan secara kuat atau senyap kpd minda anda berkali-kali sehingga anda benar-benar yakin.
Misalnya.
Ingatkan aku untuk Sembahyang Asar pada pukul 4.30 petang. ataupun
Apabila aku sampai di Bandar, ingatkan aku supaya membeli buku, ataupu ataupun
banyak cara lagi anda boleh cuba mengikut situasi anda.

Sekiranya latihan ini berjaya, ini bermakna anda telah berjaya memasuki alam alfa dan berjaya mengawal minda anda.


selamat beramal

Monday, April 11, 2011

Suami MITHALI idaman isteri 4




18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia
rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

besambung...

Saturday, April 9, 2011

Suami MITHALI idaman isteri 3



12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. P
astikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat danceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didi
k isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepad
a isteri mengikut keperluan keluarga dankemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja.Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadi
kan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sent
iasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

bersambung lagi... 

Tuesday, April 5, 2011

Suami MITHALI idaman isteri 2



6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan 
ataupun mesej tersebut. 

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

Bersambung...

Monday, April 4, 2011

Roda Islam Berputar ke ATAS



Penduduk Islam 1.57 bilion
WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.
Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.
"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.
Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.
Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.
Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.
Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.
Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). – AP

Dari kajian yang dilakukan di atas, dapat kita perhatikan bahawa, pengaruh Islam itu kian berkembang. Maka benarlah pendapat ulamak dalam satu persidagan ulamak seluruh dunia termasuk dari Malaysia yang mengatakan roda islam telah bergerak ke arah kemuncak. Kebangkitan ummah sedang berlaku. Umat islam di ibaratkan seperti gergasi yang mula bangkit dari tidur yang panjang. Kepalanya berada di Palastin, tubuh dan badannya berada di seluruh pelosok dunia. Yakin la wahai teman sekalian, dunia bakal disirami dengan cahaya islam sekali lagi. Maka benarlah janji Allah yang Maha benar bahawa kemenagan Allah itu sangat hampir. Sama-sama kita munajat kepada Allah,Raja sekalian Alam.

Petua Kesihatan Imam Shafie

Empat perkara untuk sihat


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Cara tidur
1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3 .Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, April 3, 2011

Suami MITHALI idaman isteri




Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormatianak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa. Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia
sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat
berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

bersambung.... 

ALLAH S.W.T. MENOLAK 1 DOA DARI 3 DOA RASULULLAH S.A.W

Amir bin Said dari bapanya berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat.Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yangbermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak. 
Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ? . kita berbalah mengenai perkara yang furuk. sedangkan di luar sana ramai lagi mereka yang dahagakan islam. Tak usah la kita berbalah dalam perkara cabang. Bukankah nabi mengatakan bahawa khilaf itu satu rahmat. 

Bersama bergerak untuk islam 

Aku yAnG DulU

 Fitrah manusia yang suka kepada makluk yang berlainan jantian dengan kita. Aku pun tidak terlepas dengan benda ini. Pemegang jawatan pengerusi PRA-U di sekolah lama cukup untuk aku dikenali ramai. Boleh dikatakan, sekiranya pelajar sekolah tersebut tidak mengenali aku, maka dia bukan dari sekolah itu. Langkahku di perhatikan di setiap pejalanan. Aktif dalam kokurikulum terutama dalam berpesatuan dan kadet polis menjadi pilihanku. Banyak aku mengukir nama sepanjang bergiat dalam kadet polis. Ditakdirkan oleh Allah, banyak kejayaan yang dicapai dan perkara yang paling ku kenang ialah mewakili platun daerah dalam acara menembak. Semasa menyertai pertandingan menembak pada pertama kali, sudah terselit di dalam benak yang kecil untuk pergi jauh dalam acara menembak ini. Akirnya impian ini tercapai. Aku di senaraikan antara top 10 penembak negeri. Makinlah diri ini dikenali ramai. Hehehhe

Berbalik perkara utama yang hendak diceritakan. Aku tinggal segala persatuan, kadet, bola tampar dan permainan yang lain. Tetapi sekiranya adik-adik menjemput untuk memberi nasihat, boleh lagi terutama kadet polis yang disayangi. Dalam ramai kekawan perempuan, aku cukup tertarik dengan seorang perempuan ne. Gelaknya, bicaranya, sikapnya cukup menarik hati ini. Dipendekkan cerita kami pun copel la. Dia seorang yang pandai berdikari, cukup matang. Pandai jaga hati. Makin hari makin sayang. Hubungan ini dikuatkan lagi dengan restu mak ayah dia.

Terlintas lagi di benak ini untuk memanjangkan hubungan ini. Bukan sekadar copel sahaja. Namun Terdetik sejenak dalam hati yang jauh, Ajal maut, jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Aku bertaya pada diri ku sendiri adakah dia ini pasangan aku yang telah ditetapkan. Adakah dia dari tulang rusukku yang hilang. Ini mendorong untuk diri ini merapatkan diri dengan PEMILIK hati ini. Aku buat solat istiqarah dan si dia pun sama. Ku terus bermunajat kepadaNYA. Ditakdirkan Allah, Hadir dalam mimpi itu satu suara yang mengatakan bahawa di bukan jodohku. Suara itu sangat jelas sampai aku terjaga dari tidur. Tapi akibat sayang teramat sangat, aku degil, Ku masih teruskan hubungan itu. Bermula dari itulah krisis sedikit demi sedikit berlaku. Silap yang kecil menjadi besar. Diri menjadi cukup sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan. Aku terus lagi bermunajat. Jawapan yang sama hadir dalam mimpi. Hampir tiga bulan aku bertahan, tetapi jawapan yang sama hadir dalam mimpi itu. Akirnya hampir satu minggu mimpi ni datang berterusan dan suara pada hari yang akhir menyedarkan aku. Suara itu mengatakan dengan keras, DIA BUKAN HAK KAMU . KENAPA KAMU DEGIL. Kerana dek tepikan yang kuat aku terjaga dengan tubuh berpeluh. Setelah membuat perbincangan, dengan keputusan yang berat, Kami ambil keputusan untuk mengakiri hubungan itu. Sekarang dia dah kawin dan bakal menimang cahaya mata. Kepada pembaca sekalian, harap kalian doakan kebahagian sahabat aku ni.

Masuk menara gading, merasai pengalaman hidup yang baru. Pada mulanya cukup mencabar. Tetapi pengalaman makin mematangkan kita. Sem demi sem, ia mengajar diri kita satu perkara yang tidak dapat di ajar oleh mana-mana pensyarah, PENGALAMAN. Tertarik dengan suasana sekitar melihat pemuda dan pemudi bercopel, terdetik lagi diri ini untuk bercopel. Tetapi masih sayangkan awek yang lama(masa belum kawin). Ku pemdamkan dulu perasaan ini. Biarlah. Banyak lagi masa. Datangnya seorang gadis dalam hidup ini. Pertemuan hanya bermula dengan senyuman telah melahirkan bibit-bibit cinta. Kami tidak mengambil masa untuk kenal. Hubungan ini diuji lagi dengan orang ketiga.(huhuhuh sedih). Sebelum meneruskan hubungan ini, kami melakukan solat sunat istiqarah dan aku mendapat jawapannya. Dalam mimpi itu aku melihat aku keluar dengan dia, tetapi di sisiku ada seorang perempuan, bertudung labuh menutup tubuh lingkup, berada disebelahku, memegang bahuku erat. Aku terjaga dari tidur. Aku terpikir adakah ini mimpi atau petunjuk. Kuteruskan solat Istiqarah. Perkara yang sama berlaku. Ada seorang hamba Allah yang berjubah, bewarna kuning langsat, bertudung labuh, berada di tepi ku. Aku mula yakin pasangan yang ada sekarang bukan tulang rusuk ku.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah kekuatan solat sunat istiqara itu. Hubungan bukan sekadar keluar makan, berpegang tangan, mengambil berat, tetapi lebih dari itu. Hubungan ini hendak di bawa ke alam rumah tangga dan seterusnya ke alam Syurga. Perjalanannya cukup jauh. satu lagi hayati madsud solat Istiqarah itu. "YA ALLAH, sekiranya dirinya baik untuk ku maka permudahkan ia bagiku dan sekiranya tidak baik untuk ku dan agama ku, hindarkan ia dan redoilah aku dengan setiap ketetapan mu". Nasihat aku, “JANGANLAH KITA MERAMPAS KEMANISAN CINTA SEBELUM TIBA MASA MEKARNYA”. Cinta kita bukan sekadar mendapat restu mak ayah, tetapi yang lebih penting mistilah mendapat restu dari PEMILIK kita, PENCIPTA kita. Cinta kerana nafSu tidakkan kekal lama. Percaya la. Cinta kita kerana Allah,itulah kan bahagia. AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN, semua rahsia Allah. Bina la hubungan dengan restu Allah. Bukan keiginan nafsu. Sama sama kita fikirkan, adakah hubungan cinta kita sekarang cinta nafsu atau cinta Allah, mendapat restu atau LAKNAT ALLAH.

MISTERI PURDAH

Penulisan ini merupakan pandagan dan pendapat peribadi. Sekiranya ada kesilapan mohon yang bijak panda menegur agar saya tidak terpesong jauh. Muslimat dengan purdah. Secara personal,saya amat mengagumi perempuan yang memakai purdah.Timbul satu perasaan dalam diri yang mengatakan, perempuan itu sangat hebat. Bagi saya juga, ia cukup misteri , penuh dengan tanda tanya. Siapakah pemilik disebalik purdah itu. Tiap kali melihat perempuan yang memakai niqab ne, saya akan tenung sambil meneroka misteri di sebalik niqab. Kadang kala, tangan tangkas melakar potret,setangkas jelingan mata. Mungkin akan ada orang berpandangan saya tidak menjaga mata. Tetapi, saya memandang dari sudut hikmah di sebalik tuntutan syarak itu. Bukan dari pandagan nafsu, tetapi pandangan kehebatan dan kekaguman.

Hebatnya perempuan itu, menjaga maruahnya sedekimian rupa. Saya juga teringat mimpi yang saya alami sewaktu membuat solat istiqarah. Adakah harus diteruskan hubungan selepas hadir orang ketiga ( ne dulu ). Perempuan yang muncul dalam mimpi sayajuga memakai purdah, walaupun dia bukak purdah tersebut dihadapan saya, tetapi saya gagal untuk melihatnya. Mugkin masa belum tiba atau mungkin imiginasi membawa ke alam satu lagi atau juga mungkin ini sekadar satu mimpi. WALLAHHUAKLAM.
Tiada kata-kata yang dapat saya utarakan untuk menunjukkan betapa kagumnya perasaan saya melihat wanita berpurdah. Kepada wanita, perempuan atau muslimat yang sudah memakai purdah, kekalkan, kerana engkau seorang yang sangat hebat. Dikau meninggikan hukum Allah, maka Allah memuliakan kamu di pandangan makluk.

Friday, April 1, 2011

leLAkI DulU daN KinI



Dulu
Bila disebut lelaki
wanitanya mendongak megah
lelaki kami Asadullah, Saifullah
tokoh kami tidak terkira
Kini

bila disebut lelaki
wanitanya menunduk lemah
tokoh kami sedikit sekali
ramainya, boneka yahudi

Dulu
bila disebut lelaki
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi
Kini
bila disebut lelaki
wanita cabut lari
lelaki kianat, perogol bersiri

Dulu
bila wanita teraniaya
sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini
ribuan wanita suci dipenjara
fatimah diperkosa minta dibela
lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu
bila wanita di bawah jagaannya
lelaki memagari sehabis daya
tiada siapa berani mengoda
Kini
bila wanita dibawah jagaannya
lelaki tidak kisah aurat terbuka
wanita dibiar bebas, binasa

Dulu
lelaki menggadai harta dan nyawa
untuk mengankat kemualian agama
Kini
lelaki menggadai ketinggian agama
demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu
lelaki bermatian mencipta sejarah
kental berjihad, teguh berdakwah
kini
lelaki hanya menyanjugi sejarah
diri bermalas, tenaga tidak dikerah

Dahulu
lelaki memperjuangkan deen dan umah
Al-Farouq, Zunurain mati dibunuh
Kini
lelaki memperjuangkan diri dan kroni
hingga sangup membunuh

Dahulu
lelaki bersatu menghadapi musuh
angkatan tentera kuat dan teguh
Kini
lelakinya berpuak dan berpecah
sesama sendiri salaing bertelingkah

kembalilah lelakiku
pada KELAKIANMU
kami rindukan lelaki dulu
acuan madrasah Rasul

nukilan
srikandi syria

Petikan dari novel SYABAB MUSAFIR KASIH

KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA




Perkara yang pertama yang harus anda semua ketahui ialah Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:

Jenis pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).

Jenis kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam
dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.

Tidak perlu dibincangkan lagi bahawa kelompok yang kedua ini lebih penting dari kelompok yang pertama mengikut ukuran biasa. Kerana nasib umat Islam di dunia ini
benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan
sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Ini bukan bererti saya menafikan kepentingan kelompok yang pertama, malahan saya
memberi perhatian khusus untuknya, kerana dengan wujudnya orang-orang yang
beriman dengan satu akidah, satu fikrah dan satu sistem hidup yang berada di segenap

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini

Penjuru alam ini, yang bilangan mereka ratusan ribu, malah lebih banyak, itulah sebenarnya sebesar-besar wasilah dan sekuat-kuat pendorong untuk membakar semangat orang-orang yang beriman dengan akidah, fikrah dan sistem tadi supaya hidup secara praktikal dan meninggikan panjinya.

Tetapi apabila akidah, pemikiran dan dakwah tadi telah kalah dalam kandang sendiri atau kedudukan terhina maka sudah terang orang-orang mukmin yang bertaburan disana sini di segenap pelusuk alam tidak akan di tanggung oleh bumi dan diteduhi oleh langit hingga sesuatu masa yang tidak dapat ditentukan, dan ianya bukan pendek pula.

MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA

Bahawa masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di atas bahu negara-negara Islam itu sendiri. Masa depan bergantung dengan masa depan negara
ummat Islam sendiri, sama ada baik atau buruknya. Sekarang kita ingin kemukakan:

- apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- apakah sebab dan faktornya ?
- dan apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk 
membela nasib umat Islam ?

PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Pada abad ke 18, penjajah telah memacakkan tongkat penjajahan mereka di negara-negara
Islam dan dapat mencapai maksudnya pada awal abad ini. Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan negara-negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh.. Mereka merasa serba kekurangan dan lebih gerun kepada penjajah dari negara-negara yang kemerdekaannya dirampas

Apa yang dapat kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:

PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya layak ditempatkan di dalam tong sampah.

KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara. Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam mengunakan taktik ini.

KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan
kehidupan manusia.

MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM

Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :

PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaibpan sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukumhukumnya.

Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.

KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka
memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku
kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara
ummat Islam seumur hidup mereka.

KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, mendedahkan aurat dan mabuk.

p/s: mencari pemimpin ISLAM masa kini adalah seperti mencari permata yang hilang dalam sepihan kaca.

Cetak Generasi?





Ilmu kerohanian yang berkembang seiring amalan kerohanian yang kuat adalah antara ramuan yang perlu diadun dengan harapan masyarakat Islam pada zaman datang akan lebih berupaya menterjemahkan kemenangan sebagai yang dijanjikan Tuhan lewat lidah rasulNya yang mulia.
Hal inilah yang menjadi sebab utama kepada pembebasan di bumi Palestin. Kini, bumi yang masih diratah penjajahan Yahudi Zionis itu masih mengaum kelaparan tanah dan dahagakan darah warga Palestin.

Matlamat umat Islam akhir zaman ini ialah barangkali mengarahkan seluruh kekuatannya ke arah kemerdekaan bumi Palestin tanpa mengesampingkan isu-isu lainnya di selatan Thai, Filipina dan wilayah-wilayah yang lain.

Salah seorang watak pembebasan Palestin yang terkenal adalah Salahuddin al-Ayyubi. Sebenarnya, manusia agung seperti Salahuddin ini tidak muncul mendadak. Ada seseorang berada di belakangnya yang turut memberikan ruang untuk kefahaman diri tentang betapa pentingnya usaha membebaskan bumi Palestin itu.

Manusia yang telah mencetak Salahuddin sebagai wira agung itu bernama Nuruddin Zanki. Pemerintah inilah yang telah pun mengisi ke dalam ruang batinnya untuk memberikan penjelasan kepada Salahuddin agar membebaskan Masjid al-Aqsa.

Riwayat Nuruddin tamat ketika baginda belum sempat menyaksikan kemerdekaan Palestin. Waris Nuruddin, as-Salih Ismail al-Malik masih kecil ketika itu. Dan, waris Nuruddin juga tidak berusia panjang.

Kebangkitan Salahuddin

Sebagai lelaki biasa, Salahuddin dan bala tenteranya pernah tewas di tangan musuh. Hal ini bukanlah suatu keganjilan jika diperhatikan betapa banyaknya pertempuran di yang menyaksikan kekekalahan dalam perang antara umat Islam di zaman Rasulullah s.a.w sendiri.
Namun kekalahan itu bukan titik noktah bagi watak seperti Salahuddin ini untuk segera menamatkan usaha merebut kembali Palestin. Dalam Perang Montgisard pada 1177, misalnya, bala tentera Islam ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar atau dikenali sebagai Tentera Salib.

Namun, selepas tamat Perang Hattin, Salahuddin berjaya merebut kembali hampir kesemua kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Beliau berjaya menawan semula Baitulmuqaddis (Jerusalem) pada 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib.

Perang Hattin dan kejayaan tentera Islam menawan kembali Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai England melalui cukai khas yang dikenali sebagai 'Cukai Salahuddin'.

Tentera kufar ini tidak berdiam diri. Akhirnya, mereka berjaya menawan semula Acre, dan tentera Islam memerangi semula tentera Raja Richard I dari England (dikenali sebagai Richard The Lion Heart) dalam Perang Arsuf pada 1191.

Baitulmaqdis berada selama 88 tahun dalam genggaman musuh Islam sebelum berpindah ke kuasaan Salahuddin. Kini semenjak 1948 sehingga 2009, daerah yang bergolak ini telah menyaksikan darah pejuang Islam menggelegak selama 61 tahun.

Adakah kita ada kira-kira 30 tahun lagi untuk merebut ketuanan ke atas wilayah itu menjelang 2040 atau 2050?

Sejauhmanakah kita telah menyalakan kempen secara besar-besaran dalam kalangan negara-negara Islam untuk membebaskan Al-Quds bersama wilayah-wilayah Muslim di belahan benua dan dunia lain yang turut sama tertindas?

p/s :Umat Islam tidak boleh melupakan peranan dan sumbangan ramai tokoh ulama kerohanian yang turut menyumbang pemikiran dalam proses peningkatan kerohanian pada zaman kebangkitan penguasa Palestin. Ulamak-ulamak seperti Imam Abu Hamid Al-Ghazali, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, Ibnu Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain barisan ulamak muktabar telah banyak mempengaruhi kerohanian umat Islam pada zaman tersebut.

Mencari Ukhwah Yang Semakin Hilang

Al Imam Asy Syahid berkata:

"Yang saya maksudkan dengan ukhuwwah ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ukhuwwah adalah saudara iman, sementara perpecahan pula adalah saudara Kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dari diri sendiri."


Ukhuwwah merupakan anugerah Allah kepada hambaNya yang ikhlas serta penolong dan tenteraNya yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah. Firman Allah :

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolonganNya dan dengan para Mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Al Anfal : 62-63

"Teman-teman akrab pada hariitu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang bertaqwa"
Al Zukhruf : 67

"Muhammad itu adalah utusan Allah dan sahabat-sahabat yang bersamanya bersifat keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka, kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya. Tanda-tanda tersebut kelihatan pada muka mereka kesan dari sujud."
Al Fath : 29

PETUA KUAT INGATAN


Alangkah beruntungnya sesiapa yang diberikan anugerah oleh Allah, senang untuk mengingati apa yang dibaca dan dihafal. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan seorang pelajar yang perlu mengingati ilmu-ilmu yang dipelajarinya. Begitu juga dengan saya. Bidang yang saya pelajari sangat-sangat menuntut kepada ingatan yang kuat,dan saya percaya bahawa keadaan pembaca juga seperti saya jika anda seorang pelajar.

Di sini saya kongsikan beberapa amalan untuk menguatkan ingatan,yang saya perolehi daripada Portal Komuniti Ukhuwah.Com
Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudi seperti yang dipetik daripada IslamOnline.net]

Jawapan: Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambaNya.

Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa

Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya? Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.

Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhanmu (Allah) ketika kamu terlupa" (Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.

Makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu

Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.Imam Az-Zuhri menyebut, "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis." Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.

[ Bantulah hambaMu ya Allah, untukku mengingati ilmu-ilmu yang telah Engkau ajarkan padaku...Juga bantulah hambaMu ini ya Allah, untukku memelihara kalam-kalamMu yang agung...janganlah jadikan aku lupa padanya ya Allah...]

Teknik yang satu lagi berkaitan menguasi mida kita sendiri.
Utk mengingatkan anda ttg sesuatu perkara, anda perlu pergi ke alam alpha dan beri saranan secara kuat atau senyap kpd minda anda berkali-kali sehingga anda benar-benar yakin.
Misalnya.
Ingatkan aku untuk Sembahyang Asar pada pukul 4.30 petang. ataupun
Apabila aku sampai di Bandar, ingatkan aku supaya membeli buku, ataupu ataupun
banyak cara lagi anda boleh cuba mengikut situasi anda.

Sekiranya latihan ini berjaya, ini bermakna anda telah berjaya memasuki alam alfa dan berjaya mengawal minda anda.


selamat beramal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...