I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 20, 2010

PERTUNJUK GANGGUAN JIN


TANDA-TANDA KETIKA JAGA
  • Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
  • Suara berubah ketika marah
  • Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
  • Berjalan terhoyong-hayang
  • Cara makan yang menjijikkan
  • Berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian
  • Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za'faran
  • Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
  • Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
  • Lupa atau sakit kepala ketika solat
  • Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
  • Malas dan lemah badan (tanpa sebab)
  • Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak
  • Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
  • Selalu bermimpi
  • Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
  • Sedih tanpa sebab atau alasan yang remeh
  • Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
  • Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti
  • Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
  • Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
  • Perjalanan haid wanita tidak teratur. Adakalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkan sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin
  • Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
  • Was-was
  • Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila
  • Cepat marah, panas baran dan mudah melakukan kesilapan
  • Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzinar
  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti batu atau telur
  • Lenguh-lenguh badan, sangat malas dan tidak berdaya
  • Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
  • Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutinya
  • Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca dari sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong ataupun perut
  • Sentiasa mengantuk terutama dalam majlis ilmu
  • Emosional dan terlalu sensitif
  • dan sebagainya
TANDA-TANDA KETIKA TIDUR
  • Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
  • Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau mengeluh
  • Ia bermimpi berjalan di atas air atau darah
  • Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tidak siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kana tindih'
  • Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring dan bersusah payah
  • Kerap terjaga tidur di waktu malam
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga jika bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
  • Mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
  • Berdiri atau berjalan ketika tidur tanpa sedar
  • Bermimpi seolah-olah ia jatuh dari tempat yang tinggi
  • Bermimpi berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
  • Bermimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
  • Mimpi melihat salib atau gereja
  • Mimpi bertemu paderi
  • Merintih dan menangis ketika tidur
  • dan sebagainya
Dicatat oleh Muallij Abi Syahid Asy-Syahidi

Wednesday, October 6, 2010

KISAH TEMPAT TINGGAL ROH



Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : "Ruh itu menuju ke tujuh tempat" :- 

· Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
· Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
· Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
· Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
· Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai 

hari kiamat.
· Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
· Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
· Orang-orang yang mati syahid.
· Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
· Orang yang puasa hari Arafah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...